On my way back from Selayang Mall, kali ni saya bersempatan untuk singgah di Taman Metropolitan Kepong. Taman ini terletak di Selayang, ikut MR2 dari Gombak ke Kepong. Taman ini popular dgn permainan layang2 sbb terletak pada laluan angin lintang. Kawasan ni selalu jadi congest sebab pemandu selalu memperlahankan kenderaan untuk melihat layang2.
Tapi kehadiran saya di Taman ini pada waktu tengahhari, jadi tak sorang pon main layang-layang lagi. Jadi saya mengagau2 juga mencari idea photography. Selalunya saya akan ambik gambar landskap, sbb kat sini mmg ada landskap view Kuala Lumpur.
Ok la, 1st shot dapat gambar tebuan dengan bunga nieh. Nak snap pon takut2 juga, silap2 kene sengat baru tau. Gambar serangga ni susah juga, sbb depa akan lari kalo kita pegi dekat sangat.

Setelah penat lelah pusing kawasan ni, akhirnya saya jumpa “port” yang agak baik untuk photography. Di Taman ini ada menyediakan “Watch Tower” yang agak tinggi untuk panoramic view pemandangan Kuala Lumpur. Dlm masa yang sama, Watch Tower ini juga sesuai untuk skodeng couple2 yang menyorok celah2 pokok tuh. Hehe ! Bawak zoom lens sgt berbaloi
Outing kali ini agak berbaloi, kerana ini adalah kali pertama saya berjaya menggunakan teknik Panning dengan betul. Panning adalah teknik untuk action dan once jadik, objek kita akan jadi sharp against blurred background. Cara dia senang aja, ikut objek yang lalu depan kita dan continue snap gambar sampai dia pi jauh2. Paling peting sekali, kene set multi-shot sebab dalam 10 shot mungkin 1 je yang jadi perfect. Objek yang boleh untuk paning, smua bende yang bergerak jadi dalam gambar tu nampak mcm ada pergerakan.
1st panning ialah burung yang terbang dalam formation arrow. Jenis burung ini tak pasti la pulak, mungkin jenis bangau kecil “Little Egret (Egretta garzetta)” ? Kalo saya silap teke jenis burung ni bagitau ya. Saya kurang mahir dgn spesis kehidupan liar.
2nd panning burung gagak jenis House Crow (Corvus splendens). Shot yang ni agak menjadi sbb saya tunggu sekor burung tu untuk terbang ke arah saya. Harus diingat, bukan smua panning yang saya buat menjadi. Memandangkan saya baru start mencuba, hampir 10 series bird panning saya tangkap, cuma 2 ja yang menjadi. Gambar panning yang tak jadi ialah, bila gambar tu nampak macam freeze motion. Burung nampak tergantung, sepatutnya nampak dia tengah terbang dgn speed yang laju.
Sebelum saya balik, sempat juga capture kaki pancing yang sedang kusyuk fishing. Sanggup nya depa berpanas2 di tengahhari untuk mendapat sekor ikan. Gambar last ni teknik silhouette, mengadap cahaya untuk objek menjadi shadow.
A silhouette is a classic and dramatic photographic technique. By isolating the outline of a subject while eliminating detail, a silhouette places tremendous emphasis on shape and contrast.
http://www.creativepro.com/article/digital-camera-how-to-trick-your-camera-into-taking-silhouettes-
Namun cahaya tak la terang sangat sebab cuaca mendung, dan hujan akan turun bila2 masa sahaja.
Oh ya, gambar ini telah pon di-edit heavily untuk menampakkan silhouette. Belum sempat saya tawaf kawasan taman ini, hujan pon turun ! Jadi cukuplah outing buat kali ini. Sekian
Related posts:












pandainya cik akasyah amek gambar burung2 dan tebuan, kesian dia kene jln sorg2
hi faiz ,
nice shoot… u have good skill… i love photoshoot but i dont have any skill to do that…